Wednesday 21 September 2011

Kisah Nabi SAW bergurau.



Diriwayatkan daripada Hasan Basri r.a. bahawa seorang perempuan tua datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata :

"Wahai Rasulullah , tolonglah doakan agar Allah memasukkan daku ke dalam syurga." Jawab Rasulullah SAW,
"Orang tua tidak boleh masuk syurga." Orang tua itu lantas berlalu dari situ dan mulalah menangis. Kemudian baginda bersabda : " Beritahulah perempuan itu bahawa dia tidak akan masuk syurga dengan umurnya yang telah tua Allah menjadikan semua wanita syurga sebagai anak dara."

  Berjenaka dan berkedaan riang gembira dibenarkan dengan syarat ia perlu sesuatu yang benar. Tetapi ,jika jenaka dan bergurau boleh mendatangkan rasa sakit hati atau berlakunya pertelingkahan, maka ia bukanlah jenaka. Bahkan ia merupakan ejekan yang dilarang oleh Allah SWT.

Bacalah Al-Quran walaupun tersekat-sekat.

Saidatina Aishah R.Anha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda , " Seseorang yang ahli dalam Al-Quran akan berada bersama para malaikat pencatat mulia dan jujur. Seseorang yang membaca Al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran."
(Hadith riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud,Tirmizi dan Ibnu Majah.)

   Seseorang yang tersekat-sekat akan mendapat dua ganjaran, satu ganjaran untuk bacaannya dan satu lagi kerana dia bersusah payah dalam bacaannya yang tersekat-sekat. Namun, ia tidaklah bermaksud bahawa ganjaran untuknya melebihi daripada ganjaran seseorang yang mahir.Ganjaran orang yang mahir adalah berlipat kali ganda sehingga mereka akan dihimpun bersama para malaikat yang khusus.

Peluang pekerjaan dengan gaji lumayan.

Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Abi Aufa R.A. katanya Rasulullah SAW bersabda , " Sesiapa yang membaca :

لا اله الا الله وحده لا شريك له أحدا صمدا لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا أحد
"La ila ha illallah wahdahu la syarikalah ahadan somadan lam yalid walam yulad walam yakun lahu kufuwan ahad"

akan ditulis baginya dua juta pahala.
(Hadith riwayat Tobarani)

Monday 19 September 2011

Nasihat Saidina Abdullah Bin Abbas R.A.

Daripada seorang tabiin, Wahab bin Munabbih R.A katanya :
Pada suatu ketika setelah penglihatan Saidina Abdullah Bin Abbas RA telah hilang, saya telah membawa beliau ke Masjidil Haram. Setiba disana kedengaran suara satu kumpulan orang sedang bergaduh. Beliau berkata, "Bawalah aku ke tempat kumpulan itu."
Saya telah membawa beliau ke situ. Apabila tiba disana beliau memberi salam. Mereka telah mempersilakan beliau duduk tetapi beliau enggan dan berkata, "Tidakkah kamu mengetahui tentang kumpulan hamba Allah yang istimewa ? Sifat takutkan Allah Taala telah menyebabkan mereka berdiam diri. Sedangkan mereka itu bukanlah bodoh dan tidak juga bisu. Bahkan merekalah orang yang fasih,pandai berkata-kata dan bijak. Namun demikian,kerana ingatan kepada Allah Subhanahuwataala menguasai akal mereka, hati-hati mereka menjadi lembut dan lidah menjadi kelu. Apabila mereka telah tetap teguh dalam keadaan itu, mereka akan bersegera ke arah kebaikan. Kemanakah kamu telah terpesong daripada jalan mereka?"
Wahab berkata : "Selepas peristiwa itu,aku tidak lagi melihat orang berkumpul disitu walaupun dua orang."