Sunday 31 July 2011

Awal Ramadhan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah swt Yang Maha Esa kerana kita masih diberi peluang untuk menyambut dan menikmati keberkatan Ramadhan tahun ni.
Pelbagai fenomena yang berlaku yang pada awal Ramadhan kalau kita dapat saksikan.
Antaranya ialah masjid dan surau penuh sehingga tak cukup tempat serta tempat letak kereta tidak mencukupi.
Alhamdulillah, sejuk hati dan mata yang memandang suasana ni dan alangkah baiknya kalau sepanjang tahun seperti ini. Maklumlah,semua orang tak mahu terlepas daripada memperolehi kebaikan yang telah Allah sediakan pada bulan Ramadhan.

Maksud sabdaan Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA :-

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah,maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni . Sesiapa yang melaksanakan qiyam pada bulan Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan redha Allah. maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar  atas dasar keimanan dan mengharapkan redha Allah. maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni."

Dan dalam satu hadith sahih lain yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, Baginda ada menyebut bahawa orang yang berpuasa itu memiliki dua kegembiraan,iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menghadap Allah swt..Dan juga bau busuk mulut orang berpuasa adalah lebih harum daripada minyak kasturi.

Antara fenomena yang lain pada malam pertama Ramadhan, kebanyakan kedai makan penuh selepas solat terawih seperti ada perlawanan bola daripada pasukan yang hebat. Mungkin kerana penat solat terawih. Mungkin juga ada yang makan siap-siap dan hanya akan bersahur ringan seperti minum air kosong dan makan biskut atau roti.. Tapi yang menariknya ,ada yang makan dengan bersungguh-sungguh seperti 'jamak taqdim' sebab sebulan akan berpuasa. Walau apa pun,puasa kena puasa.Jangan tak puasa. Tapi, jangan puasa makan dan minum sahaja. Mulut pun kena puasa,kalau tak percuma sahaja sedekah pahala puasa kepada orang lain. Jaga mulut daripada mengumpat.memaki hamun,mencarut,berbohong dan sebagainya yang akan menghabiskan pahala puasa.

Nabi SAW bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan dan/atau perbuatan yang tidak senonoh (ketika berpuasa), maka Allah tidak akan mempedulikan puasanya sama sekali."
(Riwayat Al-Bukhari)

Salam Ramadhan daripada saya Imam Muda Amar...

6 comments:

  1. Salam ramadhan kareem. :). Moga ramadhan kali ini penuh makna. InsyaAllah .

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ustaz. Nak tanya, apa hukum mggosok gigi ketika puasa?

    ReplyDelete
  3. sy x terlewat lg utk mngucapkan salam ramadhan.. n sy rse malu bile im amar reply msg kt blog post sy yg psl im amar uh.. :D

    ReplyDelete
  4. Gosok gigi x membatalkan puasa,cuma dalam mazhab syafie makruh selepas zohor kerana ia menghilangkan bau mulut.

    ReplyDelete