Saturday 30 July 2011

Adab Berpuasa

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua.

Selamat menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini.
Semoga Ramadhan pada tahun ini lebih bermakna buat kita semua.
Ramadhan bulan rahmat,berkat dan bulan keampunan.
Pada bulan ini,Allah swt membuka seluas-luasnya rahmat dan keampunan bagi hamba-hambanya.
Justeru,dalam kita menjalani ibadah puasa, seharusnya kita mengetahui apakah adab-adab berpuasa.
Dibawah ini,saya senaraikan beberapa adab berpuasa..Antaranya ialah :

PERTAMA : Segera berbuka setelah matahari terbenam.
Ini berdasarkan hadith, daripada Sahal bin Sa'ad RA, Rasulullah SAW bersabda :

لا يزال النلس بخير ما عجلوا الفطر


Maksudnya : " Orang yang berpuasa sentiasa mendapat kebajikan selama mereka segera berbuka".

Makanan yang afdhal ketika berpuasa ialah tamar yang masak atau kering. Jika tiada tamar ,yang afdhal adalah air.

KEDUA : Bersahur.

KETIGA : Melewatkan sahur.

KEEMPAT : Meninggalkan kata-kata keji dan perbuatan yang memberahikan.

KELIMA :  Mandi janabah sebelum terbit fajar.

KEENAM : Berbekam di kepala dan di badan dan seumpamanya, merasai makanan atau mengunyahnya.

KETUJUH : Berdoa ketika berbuka.


KELAPAN : Memberi juadah berbuka kepada orang yang berbuka.

KESEMBILAN : Banyakkan memberi sedekah .

KESEPULUH : Membaca Al-Quran.

KESEBELAS : Beriktikaf terutamanya pada sepuluh akhir Ramadhan.

KEDUABELAS : Elakkan perkara yang makruh ketika berpuasa ,iaitu perkara yang bertentangan dengan perkara yang disebutkan.

3 comments:

  1. salam...ada psoalan sket..terjumpa dlm artikel tentang perkara makruh smsa puasa...
    ~Mengeluarkn air dri mulut stelah brbuka (xpaham mksud ayt nih)mohon bantuan skiranya paham ayt nih.
    shukran..jazakallahu khair

    ReplyDelete
  2. wslm,
    maafkan saya, saya pun x faham perkara yang disebutkan. kalau ada sahabat2 yang faham , silalah kongsikan dengan kami disini.
    :-)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete