Monday, 23 July 2012

MENGUMPAT

Daripada Saidina Abu Hurairah r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,

 "Betapa ramai daripada kalangan orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga dan betapa ramai orang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam."
(Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim)

Antara pendapat ulama dalam menjelaskan hadith ini;

(1) Orang yang berpuasa tetapi berbuka puasa dengan sumber haram.
(2) Orang yang berpuasa daripada dosa seperti mengumpat dan sebagainya.

<> Skarang ini, mengumpat, memaki hamun, menjadi batu api, memfitnah dll seolah-olah tidak dapat dipisahkan daripada sebahagian kita, sehingga ada yang berkata dia x akan puas dan bahagia kalau sesuatu keburukan orang lain yang diketahuinya tidak diceritakan kepada orang lain. Malangnya tanpa disedari, sia-sia saja menahan lapar seharian kerana semua pahala itu akan DITRANSFER kepada akaun orang yang diumpat.

Tapi, kalau benda yang kita cakap tu betul, x boleh ke, memang ada bukti, memang dah terang-terang dia buat macamtu, x kan itu pun dikira ngumpat kot ??

Nabi saw telah ditanya oleh seseorang, "apakah itu mengumpat ?"
Baginda saw bersabda, "Bercakap tentang sesuatu yang tidak disukai oleh seseorang dibelakangnya." Penyoal tadi bertanya lagi, "Bagaimana kalau perkara yang diperkatakan itu sememangnya ada padanya ?" Baginda saw menjawab, "Itulah mengumpat, kalau ia sememangnya tidak ada maka itu adalah fitnah."

So, nak buat macamana ? TEPUK DADA, TANYA IMAN okey !

Sunday, 22 July 2012

Fadhilat Ramadhan

Fadhilat Ramadhan 

Hazrat Salman رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'aban:

Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam ( Lailatul- Qadr ) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang mana Allah سبحانه وتعالى telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya ( bertarawih ) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah سبحانه وتعالى padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.

Ia adalah bulan kesabaran di mana ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dan neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjaran pahalanya." Sahabat-sahabat رضي الله عنه  lalu berkata, "Tidaklah setiap dari kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka." Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Allah سبحانه وتعالى memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisipan susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."

Ia adalah satu bulan yang bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah سبحانه وتعالى. dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allahسبحانه وتعالى dan meminta perlindungan dari api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allahسبحانه وتعالى akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.

(Hadis riwayat Ibnu Huzaimah, Baihaqi dan Ibnu Hibban)


by : imam muda ammar  (imam muda musim kedua).

Imam Muda Musim Ke-2